Kenapa Lenguh Badan,Sakit Belakang dan Kejang?

by - April 04, 2017

Salam semua, hari ni nak share berkenaan kesihatan tulang pula😉

Semua orang nak badan yang sihat dan kuat tambah pula bila dah berusia. Nak beribadah pun mudah. Siapa yang taknak kan?


Ok macam ni, kita bila umur dah makin meningkat, kandungan kalsium pun makin menurun dan akan mula alami lenguh badan,sakit belakang, kejang dan sebagainya. Kurang kalsium antara punca Osteporosis iaitu kerapuhan tulang.

Jangan anggap perkara tu remeh, penting sebenarnya untuk kekalkan kesihatan berpanjangan.

Perkara macam tu terjadi biasanya berpunca dari kekurangan kalsium. Kat bawah ni antara kesan-kesan bila kita kurang kalsium dalam badan. Cuba check, anda ada tak alami benda yang sama.

1. mudah kejang atau kebas
2. sakit belakang
3. susah nak tidur
4. sembelit
5. kerap sakit pinggang
6. sakit kaki
7. keletihan melampau
8. rambut gugur


Pendekkan cerita, saya dalam kategori no 1,2,5,6,7 dan 8...hehe

no 1 - mudah kejang
Saya akan kerap kejang bila cuaca sejuk sangat. Bangun pagi tumit pula sakit. Untuk kurangkan kesejukan saya pakai selipar dalam rumah.

no 2 - sakit belakang dan no 5 - sakit pinggang
Sakit pinggang/belakang tu memang biasa sangat. Tambah pula kalau baring kat lantai. Saya bukan mengada ke apa sampai tak boleh tidur atas lantai. Orang lain bolehlah nak cakap macam-macam tapi saya yang menahan sakit tau.

Sebab tu masa sekolah saya tak suka pergi camping sebab kena tidur atas lantai atau atas apa-apa yang rata dan keras la...tapi nak tak nak kena tahan jela nanti orang dok mengata pula..hahaha

no 6 - sakit kaki
Saya perasan kalau naik kereta walaupun perjalanan tu tak jauh sangat, kaki akan membengkak macam bengkak orang mengandung tu lah.

Pergelangan kaki pun selalu sakit dan ngilu. Tak tahulah sebab kesan terjatuh/terseliuh dulu ke apa. Itu salah satu sebab saya tak nak pakai kasut tumit tinggi, takut sakit. Kalau teringin sangat, pakai la wedges..😋

no 7 - keletihan
Sejak En. Suami kerja jauh, semua benda saya urus sendiri. Letih tapi tak boleh nak berehat sangat selagi anak-anak tak tidur. Badan penat, emosi pun penat.

no 8 - rambut gugur
Rambut gugur memang dah lama saya alami sejak bersalin anak kedua. Dah macam-macam syampu cuba, tak ada perubahan.

Untuk semua masalah yang saya alami tu, saya ambil OsteMatrix sebagai supplemen tambahan. Nak topup balik kalsium yang tak cukup tu.


Tak sampai sebulan saya cuba, masalah yang saya hadapi dah ok. Sakit belakang, pinggang, kaki, keletihan semua dah ok walaupun tak 100℅... Alhamdulillah..

Cuma rambut gugur tu saya tak dapat kesan lagi tahap keguguran tu dah tahap mana. Tapi bila saya cuba nak cabut, dah tak mudah nak cabut. Biasanya saya tarik,senang je tercabut.

Nak membuang pun mudah je, sesuai sangat untuk bagi yang ada sembelit.

Yang susah nak tidur patut cuba, membantu untuk tidur lena dan bila bangun pagi akan lebih segar dan bersemangat.

Siapa yang dah cuba OsteMatrix ni mesti setuju dengan saya. Kesannya sangat memuaskan. Yang penting pemakanan kita perlu dijaga juga, tak boleh bergantung sepenuhnya pada supplemen yang topup mana yang tak cukup dalam badan.

Oklah, panjang pula membebel. Nanti hubungi saya tau, whatsapp atau mesej je kat no bawah tu. InsyaAllah saya akan bantu sebaik mungkin. 😊

Nadzifa Azam

Phone no: +6013 - 694 0049
Shaklee ID no: 1251025


** Produk yang disebut tidak boleh digunakan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

You May Also Like

0 comments