Kenapa Saya Memilih Shaklee?

by - March 13, 2017


Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya tangguhkan bisnes cookies Baked by Nadzifa Azam. Maaf, saya tak dapat teruskan atas sebab2 tertentu yg tak dapat dielakkan.

Salah satu sebabnya En. Suami saya ke Somaliland sehingga bulan Mei, dan saya seorang yang menguruskan anak2 yang dah bersekolah. Masa saya agak terhad bila menguruskan anak2 jika saya turut menguruskan bisnes cookies. 

Sebagai pengguna Supplemen Shaklee sejak 2015, saya fikir elok juga saya berbisnes bersama Shaklee untuk tingkatkan taraf ekonomi keluarga di samping mendapatkan kesihatan yang baik😊


Alhamdulillah saya berpuas hati dengan Supplemen Shaklee di mana pada mulanya saya ambil Vitamin C kerana saya kerap sakit kepala, kerap selsema dan sebab utama ialah jerawat tiba-tiba tumbuh banyak. Kini saya jarang sakit kepala dan dah lama saya tak selsema, kalau selsema pun tak sampai sehari dah hilang. Jerawat pun kalau tumbuh tak macam dulu dah. Saya hanya ikhtiar, yang menyembuhkan semua dengan izin-Nya.

Sekarang dah banyak produk kesihatan yang ada di pasaran, pilihan ada di tangan kita sebagai pengguna. Jadi kita kena bijak buat pilihan untuk diri sendiri juga keluarga. 

Ada yang nak kesan cepat tapi tak fikir kesan jangka panjang, ada yang suka nak cuba-cuba, bertukar-tukat produk...terpulang pada diri masing-masing. Apa pun pilihlah yang tiada kesan sampingan yang boleh memburukkan kesihatan kita untuk jangka masa panjang.

Nantikan next entry berkenaan Vitamin C (",)v

You May Also Like

0 comments