::Februari 2013::
22 Februari 2013
Sudah lama tuan tanah tak menjenguk tanah sendiri. Agak sibuk..maklumlah "domestic engineer'..huhu
Rumah
Alhamdulillah kami tinggal dengan selesa di rumah sewa yang baru. Angin pun kuat sampai langsir kerap tercabut, dah berapa kali dah ni.
Najla
Najla semakin besar [mestilah kan..]. Boleh diharap untuk membantu saya jika kena pada 'angin'nya. Tapi selalunya Najla memang rajin ke dapur untuk mencari makanan. Bercakap pun dah semakin baik, 'vocab' dah semakin bertambah. Sudah mula belajar untuk menggunakan ayat lengkap. Cuma bila dia buat perangai, kerap jugalah saya nak bertukar menjadi singa!hoho
Najla nak dapat adik?
Ramai dah mula bertanya bila Najla nak dapat adik..mana-mana pergi mestilah itu soalannya.Nampaknya Najla belum dapat naik pangkat lagi..hehe..
Ada yang cakap rugilah jadi 'domestic engineer' tapi anak satu je..jenuh juga nak menjawab. Apa yang saya boleh cakap, Allah belum izin lagi..doakan lah..insyaallah sampai masanya tu nanti ada la..kami berusaha dan sudah tentu kami juga ternanti-nanti saat itu..apa pun kami bersyukur sekurang-kurangnya Allah berikan kami Najla yang comel!hee~
Buat Kuih
Sebenarnya saya ragu-ragu untuk mengiklankan secara besar-besaran..cewahh..macam hebat sangat..kui3
Memang betul saya tidak berani, saya hanya bermula sekadar suka-suka nak cuba resepi dan nak makan anak-beranak. Bila ada yang mula menempah, saya terima dengan gembira sebab boleh buat banyak dan praktis. Alhamdulillah sekarang hampir setiap minggu ada tempahan.
Cuma yang membuatkan saya agak ragu-ragu untuk melangkah lebih jauh ialah masa saya dengan Najla. Sedih saya tengok Najla main sendiri bila saya sibuk siapkan tempahan, tambah pula jika tempahan banyak. nanti mula lah Najla buat perangai dan saya pula sudah tentu lebih tertekan. Hmm..saya takut jika terlepas saat-saat penting membesarkan anak, walaupun kadang-kadang angin juga dibuatnya..hehe
Jika ada modal nanti bolehlah saya upah pembantu untuk buat kuih..huhu
Rancangan Masa Depan
Setakat ini rancangan masa depan saya fleksibel. Bolehlah nak diubah bila-bila masa yang sesuai. Berhajat juga nak masuk sekolah kembali tapi nampak gaya macam belum boleh lagi kot. Yelah, dah berkeluarga ni rancangan tak boleh suka hati je. Kita hanya merancang.
Nampaknya setakat ini dulu, next update maybe after 2 months from now..keh3
6 comments