::Dari Raya Sampai ke Hari Ini::

by - September 17, 2012

Saya agak sibuk dari hujung Ramadhan sehingga ke hari ini. Bukan sibuk apa pun, sibuk dengan tempahan sahaja dan kenduri..hehe..

Setiap minggu ada tempahan yang perlu disiapkan. Alhamdulillah rezeki..

Agak kelam-kabut sebab semuanya saya buat seorang. Dengan Najla lagi yang sudah macam-macam hal. Hampir juga berputus asa dan ada juga saya pernah menangis bila mana semuanya serba tak kena, terutamanya bila sudah sangat penat..fuhh..memang sakit satu badan.

Kasihan pada Najla..kurang masa saya mengadap dia betul-betul. Bila saya di dapur, Najla pun turut sama di dapur. Diambilnya bekas makanan buat main sendiri, dah habis main dikemaskan semula. Loli, Lola, Ameena dan lain-lain sudah jarang disentuhnya sejak saya mula sibuk di dapur. Alahai anak..sebak bila tengok dia main sendiri T_T

Selepas ini saya akan menetapkan tempahan apa yang akan saya terima sahaja supaya saya lebih fokus.

Kek Ulangtahun kelahiran En.Sahalfikri pun lambat dapat saya siapkan walaupun sekadar kek span biasa..Mujur tarikh tersebut sama dengan tarikh pertunangan Aliya, jadi bolehlah dikira dua sambutan dalam satu masa. Sedih juga bila tidak dapat sediakan hidangan istimewa dengan tangan sendiri..sampai ke hari ini nak cari hadiah pun tak sempat T_T

Selain itu saya dan En. Sahalfikri bertekad untuk pindah mencari rumah di persekitaran yang lebih sihat dan selesa buat kami sekeluarga. Agak susah mencari rumah atas tanah dengan harga yang bersesuaian dengan kemampuan kami. Insyaallah masanya akan tiba..

You May Also Like

0 comments