::Selamat Jalan::

by - December 12, 2011

Selamat jalan Agong...sob..sob..sob..

Demi mengubat hati yang sedih melihat Agong berangkat pulang ke Terengganu melalui TV, saya telah membuat Mini Fruit Tartlet dan Cream Puff..

Fruit Tartlet dibuat kerana nak menghabiskan buah-buahan yang berbaki di peti sejuk dan Cream Puff dibuat kerana nak menghabiskan lebihan krim kastad daripada Fruit Tartlet. Kali ini saya sertakan sekali dengan resepi. ;D

Mini Fruit Tartlet

Bahan-bahan (shell/crust):

---resepi untuk shell saya akan letak pada entri yang lain---

Bahan-bahan (krim kastad):
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung jagung
  • 4 sb gula
  • 1 cwn susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanila
Hiasan:

Buah-buahan pilihan

Cara Membuat:
  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula ke dalam periuk.
  2. Masukkan 1 -2 sb susu. Kacau sampai tidak berketul.
  3. Masukkan telur dan tuang lebihan susu tadi ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.
  4. Masak sehingga pekat dengan menggunakan kaedah 'double boil'.
  5. Dah pekat, masukkan mentega dan sedikit esen vanila. Kacau sebati.
** kaedah 'double boil', periuk besar berisi adunan diletakkan di atas periuk kecil berisi air dan masak menggunakan api sederhana. Boleh juga pakai periuk yang diisi air dan mangkuk tahan panas untuk adunan.
** Ia digunakan supaya adunan yang dimasak tidak berubah rasa, warna dan bau atau cepat hangit. Kebiasaannya kaedah ini digunakan untuk mencairkan coklat, juga sesuai membuat kaya dan krim kastad.
Cream Puff (50 biji saiz sederhana)

Bahan-bahan:
  • 100 ml air
  • 45 g mentega - suhu bilik
  • 60 g tepung gandum
  • 2 biji telur (100g)
Cara Membuat:
  1. Panaskan oven 200 c. Griskan loyang dengan mentega atau minyak.
  2. Ayak tepung.
  3. Masukkan mentega dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Tutup api.
  4. Masukkan tepung, kacau cepat-cepat sehingga tidak berketul-ketul.
  5. Panaskan semula adunan sehingga nampak kepingan, tutup api.
  6. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat supaya tidak menjadi seperti scramble egg.
  7. Paipkan atas loyang, jarakkan lebih kurang 5cm setiap satu.
  8. Bakar 200 c, 15 minit. Kemudian rendahkan suhu ke 180 c, bakar selama 25 minit lagi.
  9. Setelah masak dan disejukkan, bolehlah paipkan krim kastad tadi.
Gambar diambil oleh En.Sahalfikri setelah pulang dari menjawab exam kertas pertama..hihi

p/s: kedua-dua resepi saya ambil hasil carian di internet, maaf tidak dapat sertakan link sebab saya tak ingat..haihh..(-_-)'

You May Also Like

9 comments