gambar ehsan: Maksu
Kek cawan buttercream untuk kawan Maksu Atiqah. Banyak cabaran nak buat kek ni..nak kata berpuas hati sangat tu tak ada la..tapi harus dipertingkatkan lagi..
MACARON
(tiada gambar)
Saya masih merajuk dengan MACARON yang saya buat baru-baru ini yang ditempah kawan Atiqah. Walaupun akhirnya jadi tapi saya kecewa..(T_T)..nak salahkan oven ke entahlah..sebelum ni buat elok je..mungkin saya tak baca Bismillah kot sebelum buat..(-_-)'
Happy Birthday Firash! Semoga membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh..dengar cakap atuk, dengar cakap mami dan dengar cakap ibu ye..
Mak Ngah buat kek ni khas untuk Firash tau..Memang bertekad nak buat, nak uji kebolehan diri..hehe..lepas ni tak tahulah bila nak buat lagi..Tahun depan kek lain la pula ok..hehe
Anak dara sorang ni sejak berumur setahun setengah dah mula panjat sana-sini. Alhamdulillah sudah bertambah lagi skil baru. Cuma takut ibu pula yang semput..kui3..Najla sudah tahu anggota badan bila disebut, boleh mengikut arahan, rajin tolong angkat kain yang sudah dilipat, sudah pandai memilih apa yang disukai dan macam-macam lagilah.
Sekarang ibu dan ayah berusaha untuk ajar Najla Iqra' (Alif Ba Ta) pula. Setakat dua tiga hari ini sudah boleh A A A, Ba Ba Ba dan Ta Ta Ta. Saya cemburu pada sahabat yang punya anak berusia 2 tahun sudah masuk Iqra' 2..huhu..Bukan memaksa, beri mengikut kemampuan anak sahaja. Jangan paksa anak sampai trauma nak belajar sudah...hehe
Caramel Popcorn yang sudah lama En.Sahalfikri minta akhirnya berjaya dibuat hari ini setelah percubaan pertama hasilnya rentung di dalam periuk..hehe..

.jpg)









